Make your own free website on Tripod.com

Laman Web SK. Pekan Nanas

Pengenalan

Kembali
Pengenalan
Sejarah Sekolah
Profil Sekolah
Info SKPN
Peraturan
Carta Organisasi
Staf
Takwim Sekolah
Program Sekolah
Program JPNJ/KPM
Galeri Akademik
Galeri Santai
Takwim Penggal Persekolahan dan Cuti
PIBG
Pautan

Kata-Kata Aluan



Assalamualaikum Dan Salam Perpaduan

 

Alhamdulillah dapat kita bertemu pada tahun 2006 dan selamat menjalankan tugas dengan hati yang tulus dan ikhlas untuk mendidik anak bangsa kita agar mendapat kejayaan yang cemerlang.

Saya juga bersyukur ke hadrat Allah Swt kerana dengan limpah dan kurniaNya memungkinkan laman web Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas ini mampu di layari melalui alam siber. Semoga ia memberi manfaat kepada semua pihak. Era Teknologi Maklumat merupakan satu keperluan masa kini. Liputannya yang luas dan mudah diakses memungkinkan semua pihak boleh mendapat maanfaat dan ilmu pengetahuan yang amat berguna melaluinya. Justeru itu kami juga tidak mahu ketinggalan dalam perkara ini. Semoga sekolah ini akan terus maju di dalam semua bidang dan berjaya seiringan dengan dengan institusi lain di era global.

 

Dikesempatan ini juga saya ingin mengingatkan guru-guru bahawa pekerjaan seorang guru adalah tugas yang mulia. jika baik didikan lahiriah insan yang berguna dan berhati mulia dan sentiasa bertaqwa. Sekiranya tersilap didik menjadilah manusia yang tidak berguna maka gurulah yang dipersalahkan dan profesyen pendidikan akan terjejas. Justeru itu, hendaklah kita sama-sama mendidik anak kita ke jalan yang diredhai supaya tugas kita sebagai guru dikenang sampai bila-bila.


Selamat Maju Jaya. Terima kasih.

 

 

 

scan0001.jpg

En. Marjuni Bin Haji Suradi
Guru Besar,
SK. Pekan Nanas,
Pontian, Johor.