Make your own free website on Tripod.com

Laman Web SK. Pekan Nanas

Sejarah Sekolah

Kembali
Pengenalan
Sejarah Sekolah
Profil Sekolah
Info SKPN
Peraturan
Carta Organisasi
Staf
Takwim Sekolah
Program Sekolah
Program JPNJ/KPM
Galeri Akademik
Galeri Santai
Takwim Penggal Persekolahan dan Cuti
PIBG
Pautan

          Sekolah Melayu Batu 27 merupakan nama asal sekolah ini. Ia merupakan sekolah Melayu pertama dan dibuka pada bulan Jun , 1946 . Kedudukannya sejauh setengah kilometer dari Jalan Johor - Pontian. Tanah sekolah ini telah diwakafkan oleh Tn. Hj. Ibrahim b Abdul Bada’ dengan bangunan pertamanya keseluruhan dibuat daripada kayu. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En Esa b Baharuddin yang merupakan tenaga pengajar tunggal di sekolah ini. Muridnya masa itu seramai 25 orang . Murid-muridnya dari Kampung Lubuk Sawah , Kampung Pengkalan Raja , Kampung Parit Pasir dan Kampung Batu 26 . Penubuhan sekolah tersebut telah ditaja oleh jawatankuasa yang kemudiannya bertindak sebagai Lembaga Pengurus.

 

Lembaga Pengurus Sekolah masa itu terdiri :
1. En Abas b Daeng Matarang ( Pengerusi )

2. Tn. Hj. Mohd Tahir @ Hj. Ahmad b Hj. Hassan ( Setiausaha )

3. Tn. Hj. Ibrahim b Abd Bada’ ( Bendahari )

4. AJK :

            4.1. Tn. Hj. Abdul Rahman b Madon

            4.2. En. Musa b Mohd Amin

            4.3. En. Baharuddin B. Sufi

            4.4. Kopral Hashim

         
         Sebuah lagi bangunan kayu telah dibina dan diserahkan oleh Tn. Hj. Ibrahim pada tahun 1949 untuk menampung kekurangan tempat belajar  hingga darjah 4.
 
          Nama Sekolah Melayu Batu 27 telah ditukar  kepada Sekolah Melayu Pekan Nanas  pada tahun 1950 bersempena penubuhan kawasan penempatan semula  yang mengubah nama Batu 27 menjadi 'Kampung baru Pekan Nanas' sebagai salah satu langkah kerajan  membendung ancaman komunis di zaman darurat ketika itu. Pada tahun 1952, kerajaan telam membina sebuah bangunan 4 bilik darjah yang bercantum dengan rumah guru di atas lot 3677 dan 3678 seluas 0 R 18P dengan perbelanjaan sepuluh ribu ringgit dari peruntukan kawasan penempatan semula. Bangunan baru ini menyediakan tempat hingga darjah 5, mula digunakan pada tahun  1953 dan telah dirasmikan oleh YTM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor ketika itu.
  

        Penyata Razak 1956 telah membawa perubahan nama sekolah menjadi ' Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas'. Pada tahun 1979, sebuah bangunan 8 bilik darjah telah dibina di ikuti sebuah lagi pada tahun 1988. Sebuah lagi bangunan 8 bilik darjah dan satu blok bilik kemahiran hidup telah dibina pada tahun 1994 untuk kemudahan belajar lebih 700 orang murid.

Kronologi SK Pekan Nanas :

1949 - Penyerahan bangunan kayu untuk menampung kekurangan   

            tempat belajar hingga darjah empat oleh Tn. Hj. Ibrahim b. 

            Abd  Bada’

1950 - Pertukaran nama kepada Sekolah Melayu Pekan Nanas .
1952 - Pembinaan bangunan 4 bilik darjah bercantum dengan   

            rumah guru oleh kerajaan .
1963 - Perasmian oleh DYTM Tunku Ismail b Sultan Ibrahim ( TM ).
1956 - Pertukaran nama kepada Sekolah Umum Pekan Nanas .
1979 - Sebuah bangunan 8 bilik darjah telah dibina .
1988 - Sebuah bangunan 8 bilik darjah telah dibina .
1994 - Pembinaan sebuah bangunan 8 bilik darjah dan satu blok

            bilik Kemahiran Hidup untuk kemudahan 700 orang murid . 2003 - Sebahagian kecil murid iaitu lebih kurang 200 orang telah   

             dipindah ke SK. Batu 24 ( sekolah baru ) di Pekan Nanas.

 
 
PENGASAS SEKOLAH
 
          Salah seorang pengasas sekolah ini ialah Tn.Hj. Mohd Tahir @ Tn. Hj.Ahmad B. Hj.Hassan. Beliau dilahirkan di Kg. Sg. Kuali Kukup, Pontian pada 18 Oktober 1924. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Benut hingga darjah lima. Beliau juga mendapat pendidikan agama pondok selama enam tahun dan bersekolah agama hingga darjah empat  serta belajar menghafaz Al-Quran selama dua tahun.Beliau berpindah ke Pekan Nanas pada tahun 1939 dan berumahtangga pada tahun 1943 dengan Pn. Hjh. Khatijah Bt. Abas dan memperolehi seorang cahaya mata.
 
          Beliau menceburi bidang perniagaan mulautahun 1942 sebagai peniaga runcit beras dan pemborong pada tahun 1945. Beliau meluaskan perniagaan ke Indonesia pada tahun 1948 sambil mengelak dari buruan Bintang Tiga kerana beliau adalah Ketua Kawalan Kampung ' Jikiden Choh' pada zaman pemerintahan Jepun. Pada tahun 1966, beliau menceburkan diri dalam bidang pemborong binaan hingga ke peringkat kelas ' B '.
 
         Di bidang lain, beliau aktif dalam politik sejak 1946. Pernah menjadi Naib Ketua UMNO caangan Pekan Nanas. Beliau bertugas sebagai Imam Masjid Pekan Nanas selama 20 tahun dan menjadi Ahli Majlis Tempatan 1954 - 1959. Di atas sumbangan beliau kepada masyarakat setempat, beliau telah dianugerahkan pingat PIS ( 1967 ) dan BIS ( 1978 ).

click here to download file