Make your own free website on Tripod.com

Laman Web SK. Pekan Nanas

Peraturan

Kembali
Pengenalan
Sejarah Sekolah
Profil Sekolah
Info SKPN
Peraturan
Carta Organisasi
Staf
Takwim Sekolah
Program Sekolah
Program JPNJ/KPM
Galeri Akademik
Galeri Santai
Takwim Penggal Persekolahan dan Cuti
PIBG
Pautan

PAKAIAN

GURU LELAKI

1.      Berpakaian baju kerja dan bertali leher.

2.      Baju kebangsaan / baju melayu bersamping dibenarkan pada hari Jumaat / Hari sambutan kebesaran agama.

3.      Songkok hitam sahaja dibenarkan bagi yang berhajat hendak memakainya.

4.      Pakaian jubah dan gamis kurang sesuai

5.      Pendidikan Jasmani / Kemahiran Hidup - kesesuaian pakaian mengikut masa berkenaan.

 

GURU PEREMPUAN DAN KAKITANGAN

  1. Pakaian yang sesuai yang tidak menjolok mata.
  2. Pakaian yang tidak dibenarkan - skirt dan purdah.
  3. Guru Islam - menutup aurat.
  4. Pendidikan Jasmani / Kemahiran Hidup - kesesuaian pakaian mengikut masa berkenaan.

 

PEKERJA (PAR/PRA)

  1. pakaian seragam yang dibenarkan.
  2. sesuai dengan jenis tugas

 

MURID LELAKI

  1. Berseluar panjang biru tu 45dan berbaju kemeja putih, kasut dan stoking putih.
  2. Memakai lencana sekolah dan tanda nama.
  3. Pengawas - berbaju biru muda, seluar biru tua, bertali leher dan berkasut putih.

 

MURID PEREMPUAN

  1. Berbaju kurung putih, berkain biru tua, kasut dan stoking putih.
  2. Mini telekung putih.
  3. Pengawas - berbaju kurung dan mini telekung biru muda, berkain biru tua dan berkasut putih.

REHAT

  1. Waktu Rehat               :         9.50-10.10 pagi.
  2. Peraturan                     :           Murid beratur untuk membeli makanan
  3. Pengawasan                :           Guru bertugas, pengawas.
  4. Tempat Murid             :           Di kantin. Di meja yang disediakan.
  5. Tempat Larangan        :           Bilik darjah, kaki lima bangunan sekolah.
  6. Tidak dibenarkan makan sambil berjalan.
  7. Guru                            :           Makan di kantin.
  8. Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah kecuali dengan kebenaran.
  9. Semua murid diwajibkan mematuhi peraturan kebersihan waktu rehat – buang sampah, bungkusan makanan dan sebagainya di dalam tong sampah.
  10. Tidak dibenarkan pulang untuk makan di rumah pada waktu rehat.
  11. Aktiviti sampingan yang boleh dilakukan pada waktu rehat :
    1. Membaca buku.
    2. Menyertai pertandingan.
    3. Berkumpul dan berbincang.
    4. Tidak dibenarkan bermain permainan yang lasak dan memenatkan.

MENEPATI MASA

Waktu Mengajar

1. Hadir ke sekolah 10 minit lebih awal dan menandatangani buku kehadiran.

2. Mengikuti jadual waktu.

3. Ambil masa singkat unruk pertukaran mata pelajaran / kelas.

4. Aktiviti P & P tidak berlanjutan, sehingga mengambil masa guru lain yang  

   seterusnya.

 

Mesyuarat

1. Hadir ke bilik mesyuarat sebelum atau tepat pada masanya.

 

TUGASAN SEMASA CUTI

Guru boleh dipanggil bertugas separuh dari jumlah hari cuti.

Tugasan :

  1. Membantu hal pentadbiran.
  2. Memastikan sekolah sentiasa bersih dan teratur.
  3. Memastikan taman dan persekitaran terjaga.
  4. Membuat persiapan untuk tahun berikutnya.
  5. Membuat pungutan yuran.
  6. Menjalankan penjualan buku.
  7. Melaksanakan mesyuarat guru / kakitangan (1).