FALSAFAH SEKOLAH
Semua murid mempunyai potensi yang perlu diperkembangkan dengan diberi hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan
sempurna tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
OBJEKTIF SEKOLAH
1.
Semua murid menguasai kemahiran 3M.
2.
Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
3.
Membentuk murid berakhlak dan keperibadian mulia.
VISI SEKOLAH
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas sebagai sekolah harapan negara menjelang tahun 2010.
MISI SEKOLAH
Memberikan pendidikan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan aktiviti ko-kurikulum serta
pemufukan sahsiah terpuji dalam persekitaran yang kondusif berbantukan pengurusan dan pentadbiran serta hubungan komuniti
yang mampan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Pekan
Nanas, Pontian berikrar akan menjalankan tugas seberapa baik yang mungkin :
1. Melayan pelanggan dengan adil dan saksama.
2. Menerima sebarang aduan dan mengambil tindakan seterusnya.
3. Bekerja untuk agama, bangsa dan negara.
4. Bekerja sentiasa menepati masa.
ETIKA KERJA ISLAM
- Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
- Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
- Bekerja dengan tekun dan cekap.
- Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran.
- Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.